Thursday, September 3, 2009

Tubuh satu parti berasaskan Islam
KOTA BHARU 3 Sept. – Pakatan pembangkang dicabar merombak semua parti gabungannya iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dan menubuhkan satu parti baru dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Afandi Yusoff berkata, ia perlu dibuktikan oleh pakatan pembangkang kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering mempertikaikan UMNO kerana tidak mengamalkan dasar Islam.
Beliau berkata, sekiranya Pas berjaya membentuk dan meletakkan dasar pakatan pembangkang ialah Islam, maka ia suatu yang baik dan harus dipuji tetapi apa yang nyata ia sukar dilakukan sekarang kerana ketiga-tiga parti mempunyai cita-cita yang berbeza.
“Saya menganggap cadangan Nik Abdul Aziz itu sebagai suatu cadangan yang baik, ia baik untuk perpaduan rakyat di negara ini. Namun pakatan pembangkang perlu mempraktik dan membuktikannya terlebih dahulu sebelum ia dicadangkan kepada BN.
“Apa yang nyata sekarang, antara mereka ‘tiga beradik’ pun mempunyai matlamat yang berlainan, tidur sekatil tetapi mimpi lain-lain.
“Buktikan dalam perlembagaan PKR, adakah terdapat pada mana-mana fasal tujuan dan matlamat PKR untuk Islam? Demikian juga DAP? Oleh kerana kedua-dua parti tidak bermatlamatkan Islam, kenapa Pas bersekongkol dengan pihak yang tidak berjuang untuk Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Salam dari lebah,
Sudah baca keratan akhbar diatas (copy and paste), Sebagai seorang Islam, secara peribadi saya terpanggil untuk menjawab persoalan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Afandi Yusoff, yang meminta agar Pakatan Rakyat bersatu dibawah satu bendera dan menuntut agar PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan bagi Pakatan Rakyat. Buat pengetahuan saudara Mohd Afandi Yusoff lontaran persoalan yang dituju keatas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya menenjukan kejahilan dan kecetekan pemikiran diri Mohd Afandi sendiri. Kenapa saya berkata sedemikian kerana telah berapa kali Dato Nik Abdul Aziz menyatakan sekiranya UMNO hendak menjadikan Islam sebagai Way Of Life, PAS akan membubarkan partinya. Persoalannya "berani kah UMNO!" menerima Islam sebagai dasar perjuangan dan pemerintahan. Tepuk dada tanya IMAN. Ini dari satu sudut dan dari sudut yang lain Allah telah menurunkan kalamnya dalam surah Al-Kafirun dengan jelas telah menerangkan bahawa orang kafir sama sekali tidak akan sembah apa yang orang islam sembah dan kita juga begitu, jadi apa yang kita hendakan mereka menuruti agama kita, sewajibnya saudara-saudara dalam UMNO lah yang sama-sama memikul tanggungjawab untuk mendaulatkan Islam dibumi 1 Malaysia ini, tetapi ini tidak UMNO lah punca segala salah faham orang kafir tentang Islam. Pemimpin UMNO (Melayu islam) bergelumang dengan Rasuah, pencabulan, mungkir janji dan banyak lagi kebobrokan UMNO yang semua orang tahu, itu dari sudut pemerintahan dan dari sudut aqidah UMNO juga lah yang banyak menghalalkan apa yang Islam haramkan, contohnya penghormatan keatas Tugu Negara, melanggar fatwa, judi, hiburan melampau, dan banyak lagi.
Saya berharap saudara cerminlah diri dan apa yang saudara perjuangkan supaya kelak tidak dikata orang "kokoknya cemerlang tapi sayang bontotnya najis yang bergelumang" Jangan hanya untuk mendapat political mailage, saudara sanggup untuk menujukan kejahilan dan kecetekan fikiran saudara. Kembalilah kita semua kepada Al'Quran dan As'sunah.
Allah jua yang lebih mengetahui.
Lebah.

No comments:

Post a Comment