Tuesday, September 15, 2009

Komen anda sedang ditapis. September 16, 2009 pada 12:03 pm
Saya, sendiri baru mendengar masalah bidaah ini, yang dikupas agak rapi oleh salah seorang ustaz yang sama dalam Majlis Fatwa Negeri Melaka. Tidak ada bidaah dalam sesuatu yang mengamalkan ibadat selagi ia tidak bercanggah dengan syriat. Jadi jangan lah cuba sama-sama dalam mengucar ngacirkan fahaman kita sesama Islam. Bilangan 20 rakaat atau 8 rakaat itu bukan permasalahan nya tetapi yang menjadi masalah ialah orang yang tidak sama-sama dalam kita mengerjakan ibadah solat itu sendiri. Nasihat saya kepada pembaca atau folower, Belajar mesti berguru dan maksud berguru itu jangan guna Internet atau melalui pembacaan kita, kita jadikan hujah dan hukum. Ia hanya layak untuk dijadikan “maklumat dan bukan berhujah lalu berhukum dengan nya”.Allah jua yang lebih mengetahui.
Diatas adalah komen yang lebah hantar disalah satu laman web yang selalu lebah terjah. Lebah terkadang merasa pelik sesetengah dari kita yang selalu berhujah (melebih-lebih) dalam perkara furuk sedangkan kepala kita Umat Islam hampir dipancung oleh orang-orang kafir. Lebah baru menerima email bagaimana satu gerak-kerja dari kaum kafir yang melihat perkembangan Islam terlalu aktif dan dinamik, Lebah teruja dengan pembentangan yang mereka lakukan, meneliti dan teliti dan mereka punya perancangan yang terancang, bagaimana harus meletakkan satu signboard STOP TO MUSLIM diseluruh dunia. Biarlah mereka yang benar-benar alim dan fakih dalam bidang mereka untuk memutuskan hal-hal atau perkara-perkara furuk ini, dan sebagai Islam yang berpegang kepada ahli sunnah waljamaah, haruslah kita mengambil yang terbaik untuk kita amalkan selama mana ia masih dalam syariat.
Allah jua yang lebih menggetahui
Lebah

No comments:

Post a Comment