Wednesday, September 2, 2009

Salam perjuangan untuk semua,
Kali ini lebah hendak menulis diatas pandangan peribadi lebah sendiri berkaitan dengan isu Islam semasa. Kebelakangan ini lebah melihat Islam banyak bertahan dari menyerang, dari isu Micheal Jackson, dari sudut hiburan yang baru dikebumikan (meniggal dah lama) hinggalah isu politik dalam negara 1 Malaysia kini. Kita tidak perlu melihat kuman diseberang laut, lihat sahaja gajah yang terhidang didepan mata dahulu. Maksud lebah peristiwa terkini yang berlaku terhadap isu Kartika (isu arak). Saya amat menghormati pendirian Kartika yang minta untuk dihukum dengan kadar segera dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah syariah tetapi yang peliknya ramai yang kononnya hendak membela dengan melontarkan simpati yang tidak kena pada tempatnya, dan lebih malang lagi apabila pendapat yang menyimpang jauh dari tuntutan Islam itu sendiri. Contoh, kata Perdana Menteri yang kita hormati, Najib Tun Razak yang meminta agar Kartika tidak dihukum tetapi ditarbiah agar berubah, sebenarnya sebelum Kartika melakukan kesalahnya itu, diri kartika perlu ditarbiah bukan selepas ia melakukan kesalahan tersebut. Inilah masalah yang timbul bila kita ambil Islam separuh-separuh. Bila Datuk Dr Hassan Ali bangkit menyuarakan pandangan dari sudut yang paling ringan (pada pandangan lebah) Datuk Dr Hassan Ali ditolak kesudut yang paling kecil, tetapi apabila pertembungan antara yang hak dengan yang batil, yang hak tidak akan dapat diempangi oleh si batil tadi. Cuma masa sahaja yang akan menentukan, lambat atau cepat lebah pasti dan pasti kebenaran akan tertegak. Ini memang hukum alam kalau boleh lebah umpamakan yang hak atau kebenaran itu ibarat air yang mengalir, manakan boleh menahan air dari terus mengalir dan mengalir, yang menahan itu tadi pasti akan musnah dan masa juga yang akan menentukan kemusnahannya.
Contoh kedua pula bermula dengan ayat ini........ "Saya tidak pernah menulis sebarang artikel untuk menghina keluarga diraja, Melayu atau Islam di sepanjang hayat saya. Ada usaha hendak menfitnah Pemuda DAP dan saya dengan sebaran penipuan bahawa kami ini anti-Islam dan anti-keluarga diraja".......... ayat yang saya "copy and paste" dari Malaysiakini, benarkah DAP hina Islam tulisan Lee Ban Chen, Aug 17,09, 2:18pm..................Sebenarnya manusia Lee BC ini tidak faham apa itu Islam dan pada benak Lee BC ini dia berangapan Islam itu sama dengan agama yang dianutinya. Itu sebab dia rasa apa yang dikatakan itu benar mengikut hujah akal yang sempit lagi jahil. Sewajibnya manusia Lee BC ini kene kena faham bahawa Islam itu sebagai "Way Of Life" Setiap orang Islam itu wajib mengamalkan Islam itu darilah mula ia bangun tidur hinggalah ia hendak tidur malah tidur, makan, minum, berak dan sebagainya ada dalam Islam. Dengan itu sekiranya manusia Lee BC ini fikir Islam itu ikut cara yang dia fikirkan ternyatalah dia silap. Dan ternyata manusia Lee BC ini jenis manusia yang gopoh lagi jahil.
Allah jua yang lebih mengetahui
Lebah.

No comments:

Post a Comment