Sunday, September 27, 2009

Salam Shawal dari lebah.

Salam dari lebah,
Ramadhan Ed'Mubaraq baru berlalu, semoga ia menjadi bulan "madrasah" bagi kita semua terutama buat diri lebah sendiri. Biarlah Shawal ini kita datangi dengan penuh pengertian dan pengisian. menjadikan Shawal ini lebih bererti. Janganlah kita jadikan Shawal ini matinya didepan TV atau diatas katil (tidur) kita. Penuhilah ianya dengan bertakbir dan kunjung mengunjungi bagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita. Ustaz lebah sering berpesan bagi mereka yang memanjangkan tali silatur'rahim ini besar impaknya kerana disitu sudah ada isim Allah- Rahim (yang maha penyayang). Allah mengizinkan kita menggunakan nama nya yang maha agung dalam kita meghidupkan silatur'rahim ini. Maka bersamalah kita menyambung siratul'rahim sepanjang shawal ini dan untuk bulan mendatang seterusnya. jangan hentikan ia sehabis bersama habisnya bulan shawal nanti.
Allah jua yang maha mengetahui

No comments:

Post a Comment