Tuesday, September 1, 2009

Salam perjuangan dari Lebah untuk semua,
Semalam kereta Lebah kena "kiss" dari belakang, bengang!!! memang rasa bengang!!! tapi nak buat macam mana takdir dari Allah untuk lebah, walaupun lebah cukup berhati-hati dalm pemanduan seharian lebah......
Okey, itu pasal lebah semalam tapi apa yang lebah nak cerita kat sini pasal DUN Siputeh yang tak jadi kosong tu. Lama lebah tunggu pengumuman dari berita semalam samada SPR bersetuju atau tidak untuk mengosongkan kerusi Dun tersebut, sebelum pengumuman dibuat, kuat naluri lebah mengatakan yang pengumuman akan memihak kepada Barisan Nasional, tapi jauh dalam lubuk hati lebah agar satu pilihan raya kecil dapat diadakan. Terutama kekosongan yang berlaku dalam DUN Barisan Nasional pula. Tapi seperti kata naluri lebah, memang benar "DUN Siputeh tidak akan kosong" dengan cara begini. Terutama setelah kekalahan demi kekalahan Barisan Nasional bermula dari PRU lalu. Adalah satu bencana besar ketika ini bagi Barisan Nasional sekiranya ada PRK. Kita semua sedia maklumkan. Sekarang ini sindrom untuk menolak Barisan Nasional sedang melanda Negara 1 Malaysia ini, atau ada sesiapa yang mampu untuk menyangkal hujah ini. Tetapi kalau kita lihat kerusi yang dikosongkan secara rela atau paksa adalah kerusi Pakatan Rakyat, dan Alhamdulilah kita masih mampu untuk mempertahankan DUN-DUN kita tetapi kita belum diuji untuk beradu digelanggang mereka, dan apabila kita dapat bertanding untuk menguji momentum kekuatan perjuangan kita digelanggang mereka barulah boleh kita menilai keampuhan senjata pilihanraya Pakatan Rakyat untuk dijadikan tauladan atau sempadan bagi menghadapi PRU ke13 nanti.
Sampai sini sahaja dahulu, kang salah tulis jadi tak baik pula al maklum lah bulan Ramadhan ini, puasa kena jaga sebaik yang mungkin untuk kita hadiahkan kepada "rabul'jalil". Sampai jumpa dilain tulisan.
Allah jua yang lebih mengetahui.
Lebah.

No comments:

Post a Comment