Wednesday, September 15, 2010


Salam.
Lebah memang terlalu benci dengan mamat sekor nie, Khir Toyo/L. Bekas Menteri Besar Negeri Selangor DE. Benci Lebah bersebab, Lebah rasa semua rakyat Malaysia tahu bagaimana Khir Toyo nie "menghadiahkan" sebatang penyapu kepada salah seorang ahli majlis perbandaran negeri. Sebagai orang Melayu Islam, kita percaya penyapu ini merupakan benda yang tidak baik (sial). Alhamdulilah dengan pemberian "sial" tersebut sial itu kembali kepada dirinya dan tidak terlepas sial itu juga melempias kepada penyokong dan kroni-kroni beliau. Malah impak yang paling besar, negeri Selangor, negeri yang paling kaya di Malaysia dengan selumber jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Padan muka kau Khir Toyo yang "sial". Betullah bicara salah seorang ulama muda (Syekh Fuad Rembawi Al-Maliki) kita sekiranya kita mencelakakan seseorang itu yang belum terbukti kecelakaannya atau kesialannya maka "celaka dan sial" itu akan kembali kepada tuannya. Padan muka kau Khir Toyo. Memang kau "celaka dan sial".
Hari ini 16.09.2010 MalaysiaKini telah mengeluarkan berita mengenai beliau yang kononnya beliau sedia mengundurkan diri untuk memegang jawatan Ketua Menteri Negeri Selangor sekiranya menang. Sudah lah Khir Toyo, Aku berani sunat sekali lagi kalau kau menang kau boleh serahkan jawatan KM negeri pada oarang lain, dan aku rasa Datuk Sri Najib bukan lah bodoh nak calonkan kau sekali lagi, confirm tak menangnya UmnO dan BN, sebab kau memang pembawa "sial dan celaka" kepada UmnO dan BN. Selama mana kau tidak menerima kemaafan dari manusia-manusia yang pernah kau zalimi semenjak mula kau menarajui Kerajaan Selangor selama itulah "kesialan dan kecelakaan itu berdamping dengan diri kau. Sebenarnya lagi kau memang telah dibenci oleh rakyak Selangor.

Wallahualam.

Lebah

Sunday, September 5, 2010


Salam,
Baru tadi lebah kesesawang "Pondok Habib", teruja Lebah membaca segala artikel yang disiarkan, Subhana'Allah hebat dan padat. Segala bicara yang dihambur penuh dengan Ilmu dan Manafaat. Sekiranya kalian ada kelapangan pergilah dan berikan masa mentalaah Ilmu didalamnya. Ingin rasanya Lebah sunting sedikit dari tulisan mereka tetapi tanpa keizinan tidak akan Lebah lakukan sebab itulah Akhlak yang guru Lebah mahukan
Allah jua yang maha mengetahui,
Lebah.

Thursday, September 2, 2010


Wahai tuhan kami janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah limpah rahmat dari sisimu sesungguhnya engkau jua lah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiannya.
Ali Imran:8

Salam untuk Ikhwan.
Aku ingin membawakan kalian tentang satu pandangan yang sangat baik untuk kita sama-sama menilik dan menilai antara "mereka" dan "kita".
"Mereka" kata Palatine berjuang bersandarkan Asobiyah tetapi dimana "kita".
"Meraka" kata Tanda Hitam solat didahi Khawarij tetapi dimana "kita".
"Mereka" kata puak Syiah sesat tetapi dimana "kita".

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.
Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’.

Aku, Kilang dan Syirik


Salam dari lebah,
Ikhwan, apa yang Lebah persembahkan ini hanyalah dengan tujuan memperelokkan diri Lebah sendiri dan perasaan kasih untuk kita sama-sama merenung siapa kita sebagai hamba Allah yang dalam Al-Quran sendiri Allah berfirman mahfumnya "Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Itu Selain Untuk Menyembah ku". Dengan maksud itu, Insya'Allah Lebah akan cuba mengarang sebuah buku "Aku,Kilang dan Syirik", yang lebah garab dan cedok dari penulisan-penulisan Ulamak terdahulu. Semoga dalam penulisan itu nanti tidaklah menjadi fitnah keatas mereka, dan doa Lebah agar mereka sentiasa didalam kasih sayang Allah azawajallah. Amin. Tulisan itu nanti Insya'Allah, akan banyak menyentuh emosi industri perkilangan itu sendiri. Kenapa Lebah melihat hanya dari scop atau sudut kilang sahaja, tidak menyeluruh, jawapannya mudah "kerana Lebah berada didalmnya", ya! sudah hampir 14 tahun lebah berlumpur dan bergelumang dengan dunia kilang itu sendiri. Adil bagi lebah untuk menfokuskan permasalahan syirik itu dari sudut industri ini yang Lebah saksikan sendiri. Insya'Allah buku itu akan Lebah terbitkan sedikit masa lagi,
Doakan kejayaan Lebah sahabat.....................
Allah jua yang maha mengetahui.
Lebah