Thursday, August 11, 2011

Ramdhan datang lagi.........

Ahlan Wahsahlan Ya Ramdhan.....
Dengan nama Allah, segala puji dan syukur untuk mu ya Allah.
Wahai orang-orang yang beriman berpuasalah kamu sebagaimana orang-orang yang terdahulu berpuasa dari kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.
Surah...............
Anak-anak abah... sekiranya kita melihat firman Allah ST diatas Allah hanya memanggil dan menyeru orang-orang yang beriman untuk melakukan tuntutan puasa itu.Kerana hendaknya semoga orang yang berpuasa itu menjadi hambanya yang bertaqwa.
Pertama-tamanya seruan wahai orang yang beriman...Siapa dia orang yang diseru sebagai orang yang beriman ini. Sudahtentulah orang yang ada dan menyebut kalimah tauhid dilidah iaini secara lisan dan bergetar di hatinya iaitu "TIADA TUHAN YANG KUSEMBAH MELAINKAN ALLAH". Maka wajiblah keatasnya untuk berpuasa. Bukan sahaja berpuasa pada zahirnya tetapi juga berpuasa pada batinnya. Puasa zahir ini hanyalah menahan diri dari makan dan minum dan juga tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi puasa batin itu juga harus dituruti agar kita menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa batin itu pula ialah puasa mata tangan, hidung, hati, telinga, mulut dan seluruh anggota anugerah Allah ini agar turut sama berpuasa. Agar turut melakukan amal makfur nahi mungkar dan yang lebih penting target menjadikan kita hambanya yang bertaqwa itu tercapai. Maksud tercapai itu pula adalah apabila kita melangkah keluar dari Ramadhan nanti kita telah kembali suci dan terus melakukan perkara yang sama kita lakukan pada bulan Ramadhan dan kita heret untuk melakukan perkara baik tadi untuk ke bulan yang seterusnya. InsyaAllah.

Wednesday, May 4, 2011

Diruangan Lebah Punya Cerita ini aku kembali berbicara,melontarkan pandangan dan pendapat diruangan yang akan aku tinggalkan untuk anak cucuku satu ketika nanti.... Biarlah ruangan ini menjadi saksi satu hari nanti yang aku tahu satu dan kusampaikan satu. Diluar sana masih hangat berbicara pasal "Sumpah Lahanat" yang terus membara seakan tidak terpadam isu dan agenda "Sumpah" ini. Mereka yang ada tahu dan ilmu mengenainya berbicara begitu juga mereka yang jahil dan tidak berpengetahuan tentang "Sumpah Lahanat" ini juga turut sama menyumbang dan bersembang mengenai isu ini. Kesian kepada mereka yang tidak berilmu yang menabur hujah dangkal lagi kosong, bagi yang berilmu pula ada yang diam dan ada yang mencelah dalam payah. Bagi sang pemimpin masing-masing mengambil benefit atau keuntungan politik masing-masing. Bagi aku, dalam keadaan Negara Islam cacamarba ini, aku menolak Sumpah Lahanat itu dan lagi menambah kebimbangan aku "Sumpah Lahanat"hanya akan menambah kemurkaan Allah azawajala terhadap kita ini. Bagaimana harus laku sumpah lahanat yang di sumpahkan jika kita menolak hukum Allah ST separuh dan kita ambil separuh, siapa kita untuk menolak hukum Allah yang separuh itu, dan tetiba kita ambil separuh yang bersesuaian dengan nafsu kita. Inilah yang Allah ST kalamkan didalam Al-Quran insan-insan taghut yang beriman separuh dan menolak separuh dengan hukum yang Allah turunkan. Seolah-olah mereka ini lebih cerdik dan bijak dari Al-Kholiq lalu beriman separuh dan menolak yang separuh lagi. Bagi manusia "taghut" ini Allah ST telah berikan amaran keras terhadap mereke-mereka ini...tunggu kamu.......... Walahualam.

Wednesday, September 15, 2010


Salam.
Lebah memang terlalu benci dengan mamat sekor nie, Khir Toyo/L. Bekas Menteri Besar Negeri Selangor DE. Benci Lebah bersebab, Lebah rasa semua rakyat Malaysia tahu bagaimana Khir Toyo nie "menghadiahkan" sebatang penyapu kepada salah seorang ahli majlis perbandaran negeri. Sebagai orang Melayu Islam, kita percaya penyapu ini merupakan benda yang tidak baik (sial). Alhamdulilah dengan pemberian "sial" tersebut sial itu kembali kepada dirinya dan tidak terlepas sial itu juga melempias kepada penyokong dan kroni-kroni beliau. Malah impak yang paling besar, negeri Selangor, negeri yang paling kaya di Malaysia dengan selumber jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Padan muka kau Khir Toyo yang "sial". Betullah bicara salah seorang ulama muda (Syekh Fuad Rembawi Al-Maliki) kita sekiranya kita mencelakakan seseorang itu yang belum terbukti kecelakaannya atau kesialannya maka "celaka dan sial" itu akan kembali kepada tuannya. Padan muka kau Khir Toyo. Memang kau "celaka dan sial".
Hari ini 16.09.2010 MalaysiaKini telah mengeluarkan berita mengenai beliau yang kononnya beliau sedia mengundurkan diri untuk memegang jawatan Ketua Menteri Negeri Selangor sekiranya menang. Sudah lah Khir Toyo, Aku berani sunat sekali lagi kalau kau menang kau boleh serahkan jawatan KM negeri pada oarang lain, dan aku rasa Datuk Sri Najib bukan lah bodoh nak calonkan kau sekali lagi, confirm tak menangnya UmnO dan BN, sebab kau memang pembawa "sial dan celaka" kepada UmnO dan BN. Selama mana kau tidak menerima kemaafan dari manusia-manusia yang pernah kau zalimi semenjak mula kau menarajui Kerajaan Selangor selama itulah "kesialan dan kecelakaan itu berdamping dengan diri kau. Sebenarnya lagi kau memang telah dibenci oleh rakyak Selangor.

Wallahualam.

Lebah

Sunday, September 5, 2010


Salam,
Baru tadi lebah kesesawang "Pondok Habib", teruja Lebah membaca segala artikel yang disiarkan, Subhana'Allah hebat dan padat. Segala bicara yang dihambur penuh dengan Ilmu dan Manafaat. Sekiranya kalian ada kelapangan pergilah dan berikan masa mentalaah Ilmu didalamnya. Ingin rasanya Lebah sunting sedikit dari tulisan mereka tetapi tanpa keizinan tidak akan Lebah lakukan sebab itulah Akhlak yang guru Lebah mahukan
Allah jua yang maha mengetahui,
Lebah.

Thursday, September 2, 2010


Wahai tuhan kami janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah limpah rahmat dari sisimu sesungguhnya engkau jua lah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiannya.
Ali Imran:8

Salam untuk Ikhwan.
Aku ingin membawakan kalian tentang satu pandangan yang sangat baik untuk kita sama-sama menilik dan menilai antara "mereka" dan "kita".
"Mereka" kata Palatine berjuang bersandarkan Asobiyah tetapi dimana "kita".
"Meraka" kata Tanda Hitam solat didahi Khawarij tetapi dimana "kita".
"Mereka" kata puak Syiah sesat tetapi dimana "kita".

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.
Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’.

Aku, Kilang dan Syirik


Salam dari lebah,
Ikhwan, apa yang Lebah persembahkan ini hanyalah dengan tujuan memperelokkan diri Lebah sendiri dan perasaan kasih untuk kita sama-sama merenung siapa kita sebagai hamba Allah yang dalam Al-Quran sendiri Allah berfirman mahfumnya "Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Itu Selain Untuk Menyembah ku". Dengan maksud itu, Insya'Allah Lebah akan cuba mengarang sebuah buku "Aku,Kilang dan Syirik", yang lebah garab dan cedok dari penulisan-penulisan Ulamak terdahulu. Semoga dalam penulisan itu nanti tidaklah menjadi fitnah keatas mereka, dan doa Lebah agar mereka sentiasa didalam kasih sayang Allah azawajallah. Amin. Tulisan itu nanti Insya'Allah, akan banyak menyentuh emosi industri perkilangan itu sendiri. Kenapa Lebah melihat hanya dari scop atau sudut kilang sahaja, tidak menyeluruh, jawapannya mudah "kerana Lebah berada didalmnya", ya! sudah hampir 14 tahun lebah berlumpur dan bergelumang dengan dunia kilang itu sendiri. Adil bagi lebah untuk menfokuskan permasalahan syirik itu dari sudut industri ini yang Lebah saksikan sendiri. Insya'Allah buku itu akan Lebah terbitkan sedikit masa lagi,
Doakan kejayaan Lebah sahabat.....................
Allah jua yang maha mengetahui.
Lebah

Monday, August 23, 2010


Salam semua Ikhwan,Aku bertanggungjawab dengan statement yang aku zahirkan dan bakal kau orang baca nie. Mc Donald nie memang makan kegilaan aku masa bujang dulu, terutama Mc D kat Subang Parade kat Subang Jaya nun. Masa tu Halal, Haram dan Was-Was, nie satu hal yang tidak kita teliti kerana ia belum menjadi isu. Aku sangup capai TZM aku dan pegi Subang semata-mata rindu kat rasa burger dia.Bila dah berumah tangga aku bawak keluarga aku makan Mc D sekitar Melaka nie lak. Port utama aku kat Bangunan Fajar, sesekali kat Kota Mas, sekarang Hang Tuah Mall, Mc D dia kat aras 1, hujung dekat tangga itu dulu lah nie ada bangunan sendiri, kat bawah tu, siap boleh drive true lagi.Sebut soal Halal, Haram dan Was-Was tadi itu bukan "persoalan pokok" yang aku nak kongsi dengan kau orang semua. Masalah sebenarnya Mc Donald, KFC, StarBuck Coffee dan jenama yang sewaktu dengannya adalah PENYUMBANG KEWANGAN KEPADA ISRAIL YAHUDI LAHANAT. Sanggup ker kita menjadi sebahagian dari penyumbang kewangan untuk membunuh saudara seagama kita sendiri demi nafsu makan kita.Hari tu masa Sivik Ramadhan ada penayangan Gaza Menangis, kita semua lihat dan nampak bagaimana kanak-kanak seusia anak-anak kita dizalimi, aku nampak ramai yang menangis.......sedih tapi bila dah keluar dari surau kita alfa kembali, Tergolong kah kita dari kalangan orang-orang yang MUNAFIK....... fikir-fikirkan.Allah jua yang maha mengetahui.
--------------------------------------------------------------------------------From: Mahtar Mazri (IFMY OP ATP DS SO P1 PROD 1 TEST) Sent: Tuesday, August 24, 2010 9:11 AMSubject: FW: Daging di McDonald Tidak Halal - JAKIM


JAKIM telah menarik balik sijil halal yg dikeluarkan oleh Uruguay Islamic Center kpd Mac Food Services pada 19 April 2010. And Mac Food Services adalah supplier kpd McDonald.So, McDonald halal ? atau diragui halalnya ?. rujuk surat penarikan Jakim dibawah.

Haaa so saper2 yg suka makan McD tu kena beringat la skit.
Benda ni kena siasat betul2.
Tp klau dah jatuh was-was ikut islam lbh baik tinggalkan.

Daging di McDonald Tidak Halal - JAKIM
Status: Terkejut. Mood: Terkejut lagi.

Terkejut aku bila dapat tau daging yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal iaitu McDonald tidak halal. Memang isu ni dah banyak kali timbul, tapi kali ni diperakui sendiri oleh JAKIM. Masya'allah, dah banyak kali makan baru berita ni keluar? OMG! Berikut adalah sumber yang aku dapat.
Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama : Portal Rasmi Halal Malaysia
- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas.
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas
Maklumat Tentang Mac Food
Bagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini
(direct daripada laman web McDonald Malaysia ): CLICK HERE
Info lanjut:
Address :7 Jalan SS 13/545700 Subang JayaSelangor Darul EhsanMalaysia
Tel : 603-5633 0222Fax : 603-5634 0189
Contact for Sales/Export :Mr Bob Chan(Managing Director)
Present Market :Malaysia , Brunei Darussalam, Hong Kong , Singapore , Middle East , Vietnam
Product Manufactured :Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets
Brand Names :FIRST PRIDE, MCDONALD’S
Nota sampingan:Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat. Sebarkanlah artikel ini. Sekali lagi diingatkan (pakai loudspeaker) TOLONG SEBARKAN!! Assalamualaikum. :)


**********************************************************************************************************************************
SUBJECT: Change in AmBank Group Email Domain
We are pleased to announce that we have changed our email domain name to reflect the brand name of AmBank Group. The effect of the change is as follows:E.g. Original email address : XXXXX@ambg.com.myNew email address : XXXXX@ambankgroup.com (where the email name, XXXXX, remains unchanged)
If you are still sending emails to the original email address, please update and change to our latest email designation. **This message is auto appended to this email and the information disclosed in this message is only meant for the recipient.
DISCLAIMER:
This message may contain confidential and privileged information for its intended recipient(s) only. If you are not an intended recipient, you are hereby notified that any review, dissemination, and distribution, printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to official business of AmBank Group are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by AmBank Group.
*********************************************************************************************************************************

Mohd Nahar Omar
Procurement & Contract
No. 5, Jalan Serendah 26/17, Seksyen 26, Peti Surat 7901,
40732, Shah Alam, Selangor,
T +603-5192 3000 F +603-5192 6766
http://www.gasmalaysia.com/
Error! Filename not specified.