Tuesday, November 17, 2009


Lama memang lama, lebah tidak kesini. Bagi manabur bicara dan menghambur kata untuk kita sama-sama membaja dan menuai fikir. Saat ini biar lebah berbicara semahunya. "Kadangkala Allah Hilangkan Seketika Matahari Dan Kemudian 'Dia' mendatangkan Pula Guruh Dan Kilat. Puas Kita Menangis Mencari Dimana Matahari, Rupanya Tuhan Nak Hadiakan Kita Pelanginya yang indah". Hebatkan Allah Aza'wajalla. Baru-baru ini kita dibulatan perjuangan menerima sedikit kekalahan di Bagan Pinang, buat menguji kita, dimana letaknya "real" syukur kita sebenarnya dan hari ini kita dihidangkan (InsyaAllah) pula dengan Dun Siputeh, Kedah yang bakal kekosongan kerana memiliki YB yang berhormat dan bukan berkhidmad. Malas untuk hadir kepersidangan bagi mewakilkan rakyat dikawasan yang telah diamanahkan. Kata sakti semalam sebelum menerima jawatan YB dicabul semahunya selesai mengangkat sumpah sebagai seorang YB perangai buruk YB-YB BN dan UMNO ini tersirat terang tanpa bersuluh. Inilah natijah apabila kita salah pangkah bila tiba musim Pilihanraya. Nasihat Lebah mudah pangkah pemimpin yang boleh selamatkan kita Dunia dan Akhirat. Kerana Allah pasti dan pasti akan persoalkan kita di Yaumul'mahsyar nanti.

No comments:

Post a Comment