Monday, August 23, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, segala puji bagi nya. Lama dan memang terlalu lama Lebah tinggalkan ruang menabur dan menghambur bicara ini. Dengan izinnya Lebah kembali berbicara di mudium ini, mungkin niat lebah baik jesteru itu Allahhurabi mengizinkan lebah kembali menarikan jejari tangan ini menekan semahunya "keyboard" dimeja.
Syukur, telah beberapa hari Ramadhan yang mulia ini berlalu,lebah berjaya mengikuti hakikat puasa dengan baik sebaik-baiknya, bukan sahaja sudut fekahnya tetapi hakikat puasa itu sendiri, kerana puasa itu bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit hingga terbenamnya matahari.
Sebenarnya yang Allah kehendaki adalah hakikat puasa itu berjaya mendidik dan mentarbiah setiap jiwa yang mengaku beriman selari dengan Firman Allah yang bermaksud "Wahai Orang-Orang Yang Beriman,Berpuasalah Kamu Sebagaimana orang-Orang yang Terdahulu Dari Kamu Berpuasa Semoga Kamu Menjadi Orang-Orang Yang Bertaqwa".Belajar lah mengerti hakikat puasa itu sendiri agar puasa kita nanti berjaya menjadikan jiwa yang mengaku beriman ini lebih bertaqwa. Amin hurabi'alamin.
Walla'hualam.

No comments:

Post a Comment