Monday, November 2, 2009

Agak lama lebah tidak kesesawang "lebah punya cerita", tetiba lebah rasa tidak mampu jari ini untuk menekan dan membiarkan akal ini agar turut menghamburkan bicara, Allah'huakbar (hebat Allah dengan kalamnya yang berbunyi "jadi, maka jadilah"). Diluar sana terlalu banyak cerita yang kita boleh jadikan isu dan bicara. Kereta 15 tahun keatas, yang wajib berhadapan dengan PuspakoM, RM50.00 cukai yang wajib keatas pemilik-pemilik kad kredit dan banyak lagi isu-isu yang melata dan meratah hidup kita. Lebah tidak mahu berbicara mengenai isu-isu diatas. Lebah tarik kamu untuk membicarakan perangai-perangai mereka yang hebat menulis dan berhujah, tidak kira sama ada melalui apa juga midium yang golongan mereka gunakan. Keunggulan bicara mereka, tarian jemari mereka cemerlang tetapi apabila diminta turun untuk berjuang ditengah masyarakat dengan sanggup menerima risiko bahana "Gas Pemedih Mata", "Terjahan Keras Water Canon" dari FRU, Dipijak, Ditangkap, Berpanas dan Berhujan" mereka berdalih dengan seribu alasan. Perjuangan mereka-mereka ini tidak lebih dari untuk mendapatkan keuntungan dan upah dunia semata. Ada diantara mereka, bila ditolak dan terjelepuk jatuh. Mula lah mencari flatform lama mereka untuk "comeback" dalam perjuangan yang sebenar.
Perjuangan sebenar dengan menjadikan AlQuran dan AsSunnah sebagai peganggan. Kerana Nabi Muhammad SAW sendiri, cedera, luka, dimaki, dihamun, menggangkat pedangnya, menunggang kuda, berlari sama dalam menegakkan kalimah "Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah", bukan hanya menulis dan berhujah dilaman-laman web dan diseminar-seminar yang hujungnya menanti habuan-habuan dunia yang sementara. Tulisan mereka-mereka ini, hujah-hujah mereka boleh membawa kita berlinagan air mata hata sampai kita menangis hingga kering air mata pun. Tetapi apabila kita kembali tanyakan diri kita dimana dan kemana roh bicara tadi dengan menilai adakah keadaan sekarang semakin kondusif dan sehat untuk masyarakat sekeliling kita yang kadar jenayah semakin meningkat dan berluas-luasa. Kes rogol, ragut, bunuh, rompak dan seribu macam kebobrokan yang berlegar disekeliling kita masih meningkat dan yang amat menyedihkan ianya semakin meningkat saban hari.

No comments:

Post a Comment