Thursday, September 2, 2010

Aku, Kilang dan Syirik


Salam dari lebah,
Ikhwan, apa yang Lebah persembahkan ini hanyalah dengan tujuan memperelokkan diri Lebah sendiri dan perasaan kasih untuk kita sama-sama merenung siapa kita sebagai hamba Allah yang dalam Al-Quran sendiri Allah berfirman mahfumnya "Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Itu Selain Untuk Menyembah ku". Dengan maksud itu, Insya'Allah Lebah akan cuba mengarang sebuah buku "Aku,Kilang dan Syirik", yang lebah garab dan cedok dari penulisan-penulisan Ulamak terdahulu. Semoga dalam penulisan itu nanti tidaklah menjadi fitnah keatas mereka, dan doa Lebah agar mereka sentiasa didalam kasih sayang Allah azawajallah. Amin. Tulisan itu nanti Insya'Allah, akan banyak menyentuh emosi industri perkilangan itu sendiri. Kenapa Lebah melihat hanya dari scop atau sudut kilang sahaja, tidak menyeluruh, jawapannya mudah "kerana Lebah berada didalmnya", ya! sudah hampir 14 tahun lebah berlumpur dan bergelumang dengan dunia kilang itu sendiri. Adil bagi lebah untuk menfokuskan permasalahan syirik itu dari sudut industri ini yang Lebah saksikan sendiri. Insya'Allah buku itu akan Lebah terbitkan sedikit masa lagi,
Doakan kejayaan Lebah sahabat.....................
Allah jua yang maha mengetahui.
Lebah

No comments:

Post a Comment