Thursday, September 2, 2010


Wahai tuhan kami janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah limpah rahmat dari sisimu sesungguhnya engkau jua lah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiannya.
Ali Imran:8

Salam untuk Ikhwan.
Aku ingin membawakan kalian tentang satu pandangan yang sangat baik untuk kita sama-sama menilik dan menilai antara "mereka" dan "kita".
"Mereka" kata Palatine berjuang bersandarkan Asobiyah tetapi dimana "kita".
"Meraka" kata Tanda Hitam solat didahi Khawarij tetapi dimana "kita".
"Mereka" kata puak Syiah sesat tetapi dimana "kita".

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.
Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’.

No comments:

Post a Comment