Wednesday, October 14, 2009

Islam bukan sekadar ditikar sembahyang.

Aku baru kembali dari Bagan Pinang, terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang lebah terima dan perolehi, terlalu banyak. Disini lebah belajar erti walaq. Disini lebah belajar erti perjuangan, Disini lebah belajar erti setiakawan dan kasih sayang dan disini lebah belajar untuk mencari nilai satu kematian, kematian yang sangat-sangat lebah rindukan. Khamis, 8 Okt 2009 lebah digemurahkan dengan menerima satu SMS dari saf kepimpinan perjuangan lebah. "Kesemua pemuda dikehendaki hadir ke Bagan Pinang untuk Jihad Fisabillilah", dengan segera lebah capai keyboard PC lebah, kesesawang Harakahdaily untuk melihat berita terkini, Markas PAS digempur, 9 ahli PAS telah menjadi mangsa yang dipercayai di tetak dengan parang oleh pihak lawan. Berderau darah lebah, melihat wajah mangsa yang penuh berlumuran dengan darah. Mendidih darah lebah, bergoncang dada lebah menahan kemuncak kemarahan. Lebah capai talipon bimbit lebah. Setelah mendapat kepastian petang nya Khamis juga kami bertolak keBagan Pinang. Sesampainya kami disana. kami terus kemarkas Ulama PAS Bagan Pinang kekecohan berlaku dihadapan mata, pada masa yang sama ceramah dari saf kepemimpin terus berjalan, Polis berjaya mententeramkan "provokasi" yang dibuat pihak lawan. Sekalung terima kasih untuk petugas polis. Dalam keadaan sebegini antara tuntutan nafsu amarah sendiri atau jemaah menjadi nilai yang perlu dipertimbangkan lalu dijunjung. Lebah boleh untuk menghamburkan nafsu amarah lebah semahunya tetapi nanti yang menjadi mangsa adalah "jamaah" yang kita junjung perjuangannya. Sehabis megutip mutiara nasihat dari saf kepimpinan yang meminta kami dan pengundi agar jangan terkhilaf dari memilih pemimpin. Kami dihantar kemarkas masing-masing.

No comments:

Post a Comment