Tuesday, August 25, 2009

Salam dari Lebah terutama kepada warga yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjana kemenangan di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Allah'huakbar, Allah'huakbar, Allah'huakbar.
Lebah memang biasa baca Utusan Malaysia dengan cara percuma dikedai pakcik jual roti canai di depan kilang tempat Lebah berkerja, kalau hendak Lebah ulas terlalu banyak untuk diulas tentang isi akhbar Utusan Malaysia tetapi kebelakangan ini, Lebah lihat Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya mula berbicara tentang hukum-hakam, cara sebutan dan tindakannya seakan-akan mereka mahukan Islam. Tetapi persoalannya kenapa baru kini, setelah kekalahan demi kekalahan Barisan Nasional ditangan Pakatan Rakyat bermula dari Pilihan Raya Umum ke12 yang lalu. Inilah masalah apabila kita mempolitikan agama dan bukan politik itu yang diagamakan. Maksud Lebah Mempolitikkan agama ialah bila kita berpolitik kita sangkut Agama diluar dan apabila kita perlu kita pakai-pakaian agama itu. Sewajibnya Agama itu kita guna pakai dan jangan ditinggalkan atau ditanggalkan. Kerana Agama itu "Adalah Cara Hidup". Segala tindak-tanduk kita perlu dalam batas-batas agama. Mengikut Al-Quran dan As-Sunah. Jadi sukalah Lebah ingatkan kepada semua hamba-hamba Allah yang berada didalam UMNO, kembalilah kepada Islam yang sebenar, kerana mulianya kita sebagai manusia hanya apabila kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Allah jua yang maha mengetahui.
Lebah.

No comments:

Post a Comment