Tuesday, October 27, 2009

Hari ini lebah hendak menulis semahunya (lepas gian kot). Terlalu banyak isu yang perlu dipertuliskan dan diterjemahkan ke blog Lebah Punya Cerita ini. Cerita dari mata hati Lebah yang melihat bangsa kafir yang menerima rezeki Allah semahunya, isu gabungan PAS dan UMNO yang macam kapal selam yang sekejap timbul dan sekejap tenggelam, isu pembantu rumah berbangsa Indonesia yang meninggal akibat didera oleh majikan Malaysia dan yang terbaru isu murid-murid sekolah menjadi mangsa jambatan runtuh diPerak ketika melakukan aktiviti "outdoor" 1 Malaysia semalam (26.Okt.2009).
Saban hari Lebah akan melalui satu lorong untuk ketempat kerja. Lorong yang biasa lebah lalu tadi adalah berhampiran dengan rumah Lebah yang hujungnya terdapat taman perumahan yang kebanyakannya adalah mereka yang non muslim, cerita yang ingin lebah sampaikan adalah kehidupan yang mereka miliki. Rumah mereka dalam lingkunganRM2ook - RM300k (mereka tergolong orang yang kaya) ada tu, rumah mereka beli sampai 2 pintu. Bayangkan ler kekayaan yang Allah anugerahkan kepada mereka, tetapi adakah meereka-mereka ini mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada mereka dengan menyembah Allah. Sudah tentu tidak. Mereka inilah orang-orang yang ingkar dan kufur terhadap nikmat dah rahmat yang Allah anugerahkan keatas mereka. Jadi kita yang diluar sini sebagai orang Islam dan mengaku Islam yang membezakan kita dengan mereka adalah dengan cara membalas rasa syukur itu dengan melakukan "Amal Makruf Nahi Mungkar", dan bukan sekadar cakap-cakap sahaja tetapi wajib dengan perbuatan dan perlaksanaan.
Isu gabungan PAS dengan UMNO yang seperti kapal selam, "sekejap timbul dan sekejap tenggelam", Lebah seperti biasa akan sentiasa disamping guru murshid, Tok Guru Nik Abdul Aziz, tetapi bukan bererti lebah menolak saf kepimpinan PAS yang lain, tidak sama sekali. Selama mana PAS bertunjangkan AlQuran dan AsSunnah sebagai sumber rujukannya selama itulah lebah bersama mereka. Insya'Allah. Lebah yakin ada hikmahnya sedikit "misunderstanding" ini berlaku.
Allah jua yang maha mengetahui.

Wednesday, October 14, 2009

Islam bukan sekadar ditikar sembahyang.

Aku baru kembali dari Bagan Pinang, terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang lebah terima dan perolehi, terlalu banyak. Disini lebah belajar erti walaq. Disini lebah belajar erti perjuangan, Disini lebah belajar erti setiakawan dan kasih sayang dan disini lebah belajar untuk mencari nilai satu kematian, kematian yang sangat-sangat lebah rindukan. Khamis, 8 Okt 2009 lebah digemurahkan dengan menerima satu SMS dari saf kepimpinan perjuangan lebah. "Kesemua pemuda dikehendaki hadir ke Bagan Pinang untuk Jihad Fisabillilah", dengan segera lebah capai keyboard PC lebah, kesesawang Harakahdaily untuk melihat berita terkini, Markas PAS digempur, 9 ahli PAS telah menjadi mangsa yang dipercayai di tetak dengan parang oleh pihak lawan. Berderau darah lebah, melihat wajah mangsa yang penuh berlumuran dengan darah. Mendidih darah lebah, bergoncang dada lebah menahan kemuncak kemarahan. Lebah capai talipon bimbit lebah. Setelah mendapat kepastian petang nya Khamis juga kami bertolak keBagan Pinang. Sesampainya kami disana. kami terus kemarkas Ulama PAS Bagan Pinang kekecohan berlaku dihadapan mata, pada masa yang sama ceramah dari saf kepemimpin terus berjalan, Polis berjaya mententeramkan "provokasi" yang dibuat pihak lawan. Sekalung terima kasih untuk petugas polis. Dalam keadaan sebegini antara tuntutan nafsu amarah sendiri atau jemaah menjadi nilai yang perlu dipertimbangkan lalu dijunjung. Lebah boleh untuk menghamburkan nafsu amarah lebah semahunya tetapi nanti yang menjadi mangsa adalah "jamaah" yang kita junjung perjuangannya. Sehabis megutip mutiara nasihat dari saf kepimpinan yang meminta kami dan pengundi agar jangan terkhilaf dari memilih pemimpin. Kami dihantar kemarkas masing-masing.

Tuesday, October 6, 2009

Aku dan sesuatu....

Mungkin ada mungkin tidak, meraka diluar sana yang membaca blog "Lebah Punya Cerita". Tetapi tidak menjadi persoalan bagi lebah kerana tuhan ku dengan sifat Al'Basirun dan Al'Samiun nya telah menjanjikan yang aku tahu satu dan aku sampaikan satu dan dengan apa yang aku jahil, wajib keatas ku untuk tahu menutup kejahilan itu kan Nabi berpesan pada umatnya yang mahfumnya "tuntutlah ilmu itu hatta hingga keliang lahat sekalipun". Tiada alasan untuk meloloskan diri. Maha adil Allah azawa'jallah, semua hambanya diberikan 24 jam sehari dan semalam. Kalau kita jahil kita perlu muhasabah diri "kenapa aku jahil". Terutama dalam bab fekah dan tauhid, agar kita tidak bertaklik buta. Yang mengaku dirinya beriman dengan agamanya itu Islam. Belajar perlu berguru, jangan sama sekali dijadikan medium elektronik mahupun cetak sebagai guru, lalu berhujah dan berhukum dengan apa yang kita perolehi darinya. Berguru dalam erti kata mesti ada pengajar dan yang belajar dan mesti ada pena serta kitabnya (buku). Itu akhlak dalam erti kata belajar. Medium elektronik ini hanya boleh dugunakan sebagai medium maklumat, tidak lebih dari itu.
Allah jua yang maha mengetahui.

Monday, October 5, 2009

Salam untuk Ikhwan...........

Sabtu lepas lebah turut sama menyumbang dalam memberikan sokongan "moral" kepada calon perjuangan di Bagan Pinang. Sejajar dengan apa yang disuarakan oleh guru mursyid perjuangan "Tok Guru Nik Abdul Aziz". Cukup kata-kata nya itu dan persis halalintar menerjah menjadi azimat dan kata semangat bagi menyuntik kehadiran lebah ke Bagan Pinang. Buat pertama kalinya lebah turun bagi memberi sokongan dan menyaksikan sendiri bagaimana rupa perjalanan "penamaan calon" ini. Lautan manusia, tidak kira kanan atau kiri pendokong parti politik masing-masing. Tetapi yang zahirnya hari Sabtu lepas menyaksikan penyokong Pakatan Rakyat tiga kali lebih dari penyokong Barisan Nasional yang hadir. Tidak dapat dinafikan. Gegak gempita takbir dilaungkan, bergema disana sini. Subhan'Allah...... Memang benar kata pujangga "kebatilan tidak akan mampu menyekat kebenaran" cuma masa yang bakal menentukan, lambat atau cepat. Lebah lihat bagaimana pendokong Barisan Nasional terkedu dan tersipu tidak mampu untuk mendominasi keadaan di Bagan Pinang yang rata-ratanya didominasi oleh Pakatan Rakyat. Ikhlas pandangan lebah ini. Tanyalah siapa sahaja yang hadir disana. Termasuk apa yang dipaparkan berita tv dan surat khabar apakah yang mereka persoalkan melainkan cerita lama yang dikitar semula "penyokong BN dipukul atau ditumbuk oleh penyokong PR" Ahli PR tidak bermoral memulakan provokasi keatas pendokong BN. Inilah kata-kata yang sering diulang-ulang tetapi hakikatnya BN cuba menyembunyikan keburukan mereka, kes moral pemimpin BN, salahlaku rasuah pemimpin BN, pecah amanah pemimpin BN, cerita rogol pemimpin BN, fitnah yang dibuat-buat pemimpin BN dan bermacam cerita buruk lagi berkaitan pemimpin BN yang terpapar dan terhidang. Meminjam kata saudara Muhammad Sabu "semakin zalim kamu menindas dan memfitnah pemimpin dan pendokong Pakatan Rakyat semakin benci rakyat pada kamu". Tunggu kamu BN pada PRU ke13 apabila Pakatan Rakyat berjaya mengorak langkah ke Putra Jaya. Kemana kamu hendak lari......Allah'huakbar, Allah'huakbar, Allah'huakbar.