Sunday, September 27, 2009

Salam Shawal dari lebah.

Salam dari lebah,
Ramadhan Ed'Mubaraq baru berlalu, semoga ia menjadi bulan "madrasah" bagi kita semua terutama buat diri lebah sendiri. Biarlah Shawal ini kita datangi dengan penuh pengertian dan pengisian. menjadikan Shawal ini lebih bererti. Janganlah kita jadikan Shawal ini matinya didepan TV atau diatas katil (tidur) kita. Penuhilah ianya dengan bertakbir dan kunjung mengunjungi bagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita. Ustaz lebah sering berpesan bagi mereka yang memanjangkan tali silatur'rahim ini besar impaknya kerana disitu sudah ada isim Allah- Rahim (yang maha penyayang). Allah mengizinkan kita menggunakan nama nya yang maha agung dalam kita meghidupkan silatur'rahim ini. Maka bersamalah kita menyambung siratul'rahim sepanjang shawal ini dan untuk bulan mendatang seterusnya. jangan hentikan ia sehabis bersama habisnya bulan shawal nanti.
Allah jua yang maha mengetahui

Friday, September 18, 2009

Malaysian court orders Muslim lovers caned for sex
AP - Friday, September 18

IM Story
Print
KUALA LUMPUR, Malaysia – An Islamic court has ordered an unmarried couple to be caned for trying to have sex in a car in the latest of a series of harsh punishments for Muslims in Malaysia, a lawyer said Friday.
Though Malaysia has long been upheld as an example of a moderate Muslim-majority country, recent verdicts sentencing Muslims to whipping for drinking alcohol have made headlines. Two months ago, an Islamic judge triggered a national debate when he ordered a woman to be caned for drinking beer.
In the latest case, the Shariah High Court in central Selangor state sentenced the couple Wednesday to six strokes of the cane after they pleaded guilty to trying to have sex out of wedlock in their car, said prosecutor Shafezan Rusli.
Shafezan said Islamic religious police caught Mohamad Shahrin Abdul Majid, 29, and Nadiah Najat Hussin, 24, with only their undergarments on in a car at an office parking lot in May.
He said they are appealing the caning as they plan to get married soon, though they have paid the court-ordered fine of 5,000 ringgit ($1,400) each.
They could have been jailed for up to three years for the offense, the lawyer said.
Shariah laws apply to Muslims, who make up about 60 percent of the 28 million population, in all personal matters. Non-Muslims _ Chinese, Indians and other minorities _ are not subject to the laws.
Earlier this week, an Islamic court in another state ordered an Indonesian Muslim man to be whipped six times and jailed a year for drinking liquor at a restaurant.
In July, the same court had sentenced a Malaysian woman to six strokes of the cane and a fine for drinking beer in public. The caning, which would be the first time a Malaysian woman has received the punishment, has not been carried out yet. Many see the sentence as a setback for the country's reputation as a moderate Muslim nation.
Sebat!!!
Laksanakan segera jangan bertangguh lagi pada pesalah Syariah. Ini sepatut telah dilaksanakan lama dahulu. Ketika UMNO memerintah Selangor lagi, tetapi baru kini ia dilaksanakan. Lebah tidak mahu mengulas sama ada ia menepati Syariat atau tidak tetapi sekurang-kurangnya kesan nya nanti pasti dan pasti akan terzahir. Tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Dato Dr Hassan Ali selaku exco Agama negeri Selangor. Jangan peduli kecaman manusia jahil diluar sana takutkan lah janji Allah. Kitakan hamba "tuhan" bukan hamba "tuan" Dan kita kejarlah bersama reda Allah sebelum kita mengejar reda manusia.
Allah jua yang maha mengetahui.
Salam dari Lebah,
Ikhwan, sesekali hati ini bermonologi, YaAllah Ramadhan mu yang mulia bakal meninggalkan kami hambu mu yang hina dina ini YaAllah. Cuma sebentar saja lagi. Perginya yang perlu kerna tak kan bisa ia datang kembali, kerna wanginya bakal berlalu dan tidak ada janji mu untuk kami bakal bertemu ia untuk tahun-tahun yang mendatang......... Munafikin kah aku YaAllah yang hanya merintih tetapi pengisian Ramadhan mu yang ini pun isinya kosong. Arghhhhhhh! Apa yang aku lakukan pada Ramadhan mu yang bakal pergi ini Ya Allah. Haruskah aku terus merintih tanpa sujud di sepertiga wangi malam mu, agar Ramadhan ku terus mewangi.... Kan janji mu YaAllah permulaannya "Rahmat" di pertengahannya "Pengampunan" dan dipenghujungnya "Pelepasan dari api neraka mu" YaAllah. Aku gagal dalam pelarian Ramadhan mu Ya Allah. Dimanakah kebenaran cinta ku pada mu YaAllah, Ya memang aku yakini janji mu, Tapi yakinkah kau pada janji fitrah ku ketika aku masih menjadi setitik air mani belas ehsan mu YaAllah, Kecundangkah aku YaAllah dalam pelukan asmara Ramadhan ku untuk kali yang ini. YaAllah pohon ku semoga kau anugerahkan aku intan Ramadhan mu yang sebenar-benarnya. Amin, Amin YaAllah.

Tuesday, September 15, 2009

Komen anda sedang ditapis. September 16, 2009 pada 12:03 pm
Saya, sendiri baru mendengar masalah bidaah ini, yang dikupas agak rapi oleh salah seorang ustaz yang sama dalam Majlis Fatwa Negeri Melaka. Tidak ada bidaah dalam sesuatu yang mengamalkan ibadat selagi ia tidak bercanggah dengan syriat. Jadi jangan lah cuba sama-sama dalam mengucar ngacirkan fahaman kita sesama Islam. Bilangan 20 rakaat atau 8 rakaat itu bukan permasalahan nya tetapi yang menjadi masalah ialah orang yang tidak sama-sama dalam kita mengerjakan ibadah solat itu sendiri. Nasihat saya kepada pembaca atau folower, Belajar mesti berguru dan maksud berguru itu jangan guna Internet atau melalui pembacaan kita, kita jadikan hujah dan hukum. Ia hanya layak untuk dijadikan “maklumat dan bukan berhujah lalu berhukum dengan nya”.Allah jua yang lebih mengetahui.
Diatas adalah komen yang lebah hantar disalah satu laman web yang selalu lebah terjah. Lebah terkadang merasa pelik sesetengah dari kita yang selalu berhujah (melebih-lebih) dalam perkara furuk sedangkan kepala kita Umat Islam hampir dipancung oleh orang-orang kafir. Lebah baru menerima email bagaimana satu gerak-kerja dari kaum kafir yang melihat perkembangan Islam terlalu aktif dan dinamik, Lebah teruja dengan pembentangan yang mereka lakukan, meneliti dan teliti dan mereka punya perancangan yang terancang, bagaimana harus meletakkan satu signboard STOP TO MUSLIM diseluruh dunia. Biarlah mereka yang benar-benar alim dan fakih dalam bidang mereka untuk memutuskan hal-hal atau perkara-perkara furuk ini, dan sebagai Islam yang berpegang kepada ahli sunnah waljamaah, haruslah kita mengambil yang terbaik untuk kita amalkan selama mana ia masih dalam syariat.
Allah jua yang lebih menggetahui
Lebah
Salam dari lebah,
Lebah benar-benar tidak faham bagaimana "hak asasi manusia" memperjuangkan yang kononnya hak asasi manusia, Dimana letaknya hak asasi manusi, siapa yang boleh mengariskan sesuatu itu adalah hak kita atau hak orang lain. Lebah pasti dan pasti kita sendiri tidak akan dapat menggariskan satu garis yang mengisaratkan itu hak kita dan itu hak orang melainkan dengan panduan AlQuran dan AsSunnah. Tetapi yang peliknya bagaimana ada pemimpin-pemimpin yang sanggup untuk sama menari bagi tarian "hak asasi manusia" ini. Terutamanya yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan Islam, contoh mensyariatkan Hukum Hudud di Wilayah Autonomi Acheh, masalah berkhatan (bersunat) bagi kaum perempuan diWilayah Islam Afrika, seperti di Negeria dan tidak terlepas juga hal Kartika, yang juga kecoh dan diperbesar-besarkan. Seringkali lebah lihat akan ada suara mahupun pandangan sumbang yang terpapar didada media cetak mahupun elektronik, seolah-olah bersetuju dan bersenada dengan suara celaka "hak asasi manusia "ini. Mana tidak celakanya mereka ini bila "Hukum Allah" cuba ditegakkan mereka menentang semahu-mahunya dengan hujah sekular mereka. Nauzubilah. Mereka fikir hukum Allah ini hukum siapa? Boleh ditentang dan dibicarakan mengikut nafsu. Tunggu kamu nanti dialam barzakh dan akhirat kelak.
Allah jua yang maha mengetahui
Lebah.
Muntadar dibebaskan
Muntadar memeluk kakaknya sebaik-baik dia dibebaskan dari penjara di Baghdad, semalam sambil diperhatikan oleh abangnya Uday (kanan). - AFP
BAGHDAD 15 Sept. - Muntadar al-Zeidi, wartawan Iraq yang dipenjarakan setelah didapati bersalah membaling kasut ke arah bekas Presiden George W. Bush - dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.
Muntadar, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Baghdad pada 12 Mac lalu kerana menyerang Bush ketika bekas Presiden itu melakukan lawatan perpisahan ke ibu kota Iraq ini pada Disember tahun lalu.
"Dia telah bebas dan sedang menunggu untuk mendapatkan barangan miliknya," kata Uday, abang wartawan itu kepada AFP.
Muntadar sepatutnya dibebaskan semalam tetapi telah ditangguhkan ke hari ini.
Sebelum ini, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun sebelum Mahkamah Rayuan mengurangkannya kepada hukuman penjara satu tahun kerana tidak mempunyai rekod jenayah.
Bagaimanapun, disebabkan berkelakuan baik, hukuman penjara ke atasnya dikurangkan lagi selama tiga bulan.
Muntadar melawat stesen televisyen al-Baghdadia iaitu tempatnya berkerja dahulu ketika menyerang Bush.
Lawatannya itu disiarkan oleh stesen televisyen tersebut. Muntadar yang memakai kacamata hitam dan berselubung dengan bendera Iraq tiba di stesen televisyen itu dengan dikelilingi pengawal keselamatan.
Kakitangan stesen itu juga telah menyembelih tiga ekor biri-biri bagi menyambutnya.
Sementara itu, ahli keluarganya turut meraikan kebebasan Muntadar sebaik-baik dia tiba di kediamannya di tengah Baghdad dengan tarian tradisional Iraq dan beberapa wanita juga kelihatan menangis kerana terharu. - AFP

Salam dari lebah,
Alahamdulilah pembebasan" Wira Islam" Iraq dan dunia Islam seluruhnya, Muntadar..... hanya seorang wartawan yang berumur dalam lingkungan 30 an tetapi berjiwa jitu lagi berani. Walaupun hanya dengan kasut melempiaskan kebenciannya terhadap seorang kafir harbi seperti George W.Bush laknatullah cukup memberi makna yang mendalam bagi diri lebah dan mungkin ramai lagi.
Allah jua yang maha mengetahui
Lebah

Monday, September 14, 2009

Salam penghujung Ramadhan Ed'Mubarak dari lebah.
Ikhwan, Ramadhan semakin berlalu, bermakna kita akan ditinggalkan Ramadhan tidak lama lagi, apa pengisian kita pada Ramadhan kali ini. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang lalu-lalu. Jangan tanya Aiman, nanti Aiman jawab" Iman Tak Kesah" tapi tanya lah Iman, sedalam mana mujahadah hati untuk mengadap Rabuljalil. Perkasa atau tidak mata ini untuk sama bertahan bersengkang mata bermunajat di sepertiga malam, bagi mencari wangi percintaan dengan khalik kita, Allah azawajallah. Lebah terokai setiap malam dengan seadanya kekuatan kudrat yang berbaki, tapi sebenarnya Iman yang setipis bawang ini tidak mampu untuk membawa lebah pergi jauh untuk meneroka malam-malam terakhir mu Rabku. Arghhh! lemahnya aku tuhan............. Akan kugagahi jua sisa-sisa malam yang kau janjikan. Sesiapa yang beramal diantara malam nya adalah lebih baik fadilat amalannya, hatta ia beramal untuk seribu bulan sekalipun. Malah lebih baik dari itu kata bicara sesetengah para ulamak. Bersamalah kita usahakan agar kita tidak menjadi hamba-hambanya yang merugi. Kalau seorang "hamba tuan" sanggup untuk bersengkang mata bagi mencari reda tuannya kenapa tidak kita sebagai "Hamba Tuhan" sanggup bermujahadah untuk Tuhan kita. Sedangkan amalan kita ini adalah untuk kita sendiri, untuk bekal kita dihari "sana". Ayuh saudaraku, bersamalah kita mencari wangian firdausi... Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar.

Tuesday, September 8, 2009

Jadual cari lailatul qadar
DIkirim oleh epondok di September 8, 2009
Petikan http://almalakawi.wordpress.com/
ليلة القدر خير من الف شهر
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada sepuluh yang akhir bulan ramadan kita digalakkan beriktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemuai pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.
Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah ini:

Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam

Ahad (sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad)
29 (InsyaAllah malam Lailatu-Qadar akan jatuh pada malam 29)

Isnin
21

Selasa
27

Rabu
29

Khamis
25

Jumaat
27

Sabtu
23

Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Martabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a.
Martabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Martabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.
Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menhidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar
Tanda Lailatul Qadar
DIkirim oleh epondok di September 9, 2009
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita digalakkan untuk menghidup malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar daripada pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram
Saudara lebah disana,
Baru tadi telinga kami di asak oleh Ustaz Faisol berhubung dengan apa yang sepatutnya kita lakukan disiang dan malam bulan Ramadhan. Disamping kita melakukan kerja dan ibadat "biasa-biasa" kita tetapi biarlah bulan Ramadhan ini kita tambah-tambahkan amalan kita agar kasih sayang dan rahmat Allah bertambah-tambah juga hendaknya. Tentu seronokkan bila Allah menambahkan kasih sayang dan rahmatnya terhadap kita. Tentu "bestkan".
Salam dari Lebah untuk semua.......
Pagi ini lebah hendak coretkan luahan rasa hati lebah berhubung dengan tingkahlaku sesetengah pemimpin Barisan Nasional. Lebah sendiri kasihan melihat Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Bin Tun Razak yang kelihatan banyak bertahan sendirian persis yang berlaku pada Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menyerahkan jawatannya kepada Dato Seri Najib. Apa juga tindakan bebal orang yang berada dibawah Dato Seri Najib perlu ditanggung beliau. Contoh perarakan kepala lembu yang dilakukan oleh orang-orang bebal lagi jahil. Walaupun cuba dinafikan beberapa orang mentari yang ia tiada kaitan dengan UMNO ataupun Barisan Nasional tetapi siapa yang ingin mempercayainya, Contohnya seperti apa yang dikatakan oleh Menteri Penyapu Buruk (sial) Khir Toyo "sebenarnya kepala lembu itu melambangkan kebodohan kerajaan negeri seperti lembu" tetapi siapa yang dapat menerimanya. Buat Khir Toyo hentikanlah cubaan kau yang cuba membodoh-bodohkan rakyat, kalau orang dapat terima apa yang kau kata sudah tentu tidak jatuh Selangor ke genggaman Pakaran Rakyat, dan kau punya pasallah UMNO Selangor bungkus, semua punca dari kesialan yang kau undang dan cipta.
Nasihat lebah kepada Perdana Menteri kita, dapatkan redanya "Rabbuljalil" dahulu barulah cari reda "manusia" atau rakyat yang dipimpin.
Allah jua yang maha mengetahui.

Friday, September 4, 2009

Salam untuk semua,
Lebah rasa belum terlambat untuk lebah mengucapkan takziah kepada keluarga Azman Mohd Nor, ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan. yang telah kembali kerahmatullah kelmarin, Al'Fatihah. Beruntung hamba ini kembali pada hari Jumaat, hari yang mulia........
Semoga segala kerjanya didunia menjadi ibadah untuk dihakimi malaikat nungkar dan nangkir dialam barzakh kelak. Ya Allah selamatkan beliau dan kami semua dari azab kubur mu Ya Allah. kan nabi kita pernah bersabda sesungguhnya kubur itu boleh menjadi tamman-taman syurga mu Allah dan bisa juga ia menjadi lubang dari lubang-lubag neraka mu Ya Allah. Bergetar ditelingga ku Ya Allah persoalan dari malaikat mu Ya Allah..... Marabuka.......WaImammuka...... WaIkhwanmuka...................Allah!!!! apa yang harus aku katakan terhadap dua malaikat mu Ya Allah. Jawapan yang pasti dan pasti tidak kan terjawab dengan bicara mulutku Ya Allah melainkan Dengan Iman dan Amal yang aku bawa dari apa yang aku kerjakan semasa didunia mu Ya Alllah. Dialam barzakh mu lah nanti baru aku tahu Ya Allah yang azab kubur itu benar, persoalan kubur itu benar, kewujudan malaikat mu benar......................... Ya Allah mampukah aku menjawab nya dengan Iman dan Amal yang setipis kulit bawang ini menghadap mu Ya Allah.............Allah'huakbar, Allah'huakbar, Allah'huakbar. Ampunilah dosa-dosa ku Ya'Allah yang besar mahupun yang sekecil zarah YaAllah yang nyata mahu pun yang tersembunyi Ya Allah. Ampunilah aku, ampunilah aku Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun.

Thursday, September 3, 2009

Tubuh satu parti berasaskan Islam
KOTA BHARU 3 Sept. – Pakatan pembangkang dicabar merombak semua parti gabungannya iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dan menubuhkan satu parti baru dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Afandi Yusoff berkata, ia perlu dibuktikan oleh pakatan pembangkang kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering mempertikaikan UMNO kerana tidak mengamalkan dasar Islam.
Beliau berkata, sekiranya Pas berjaya membentuk dan meletakkan dasar pakatan pembangkang ialah Islam, maka ia suatu yang baik dan harus dipuji tetapi apa yang nyata ia sukar dilakukan sekarang kerana ketiga-tiga parti mempunyai cita-cita yang berbeza.
“Saya menganggap cadangan Nik Abdul Aziz itu sebagai suatu cadangan yang baik, ia baik untuk perpaduan rakyat di negara ini. Namun pakatan pembangkang perlu mempraktik dan membuktikannya terlebih dahulu sebelum ia dicadangkan kepada BN.
“Apa yang nyata sekarang, antara mereka ‘tiga beradik’ pun mempunyai matlamat yang berlainan, tidur sekatil tetapi mimpi lain-lain.
“Buktikan dalam perlembagaan PKR, adakah terdapat pada mana-mana fasal tujuan dan matlamat PKR untuk Islam? Demikian juga DAP? Oleh kerana kedua-dua parti tidak bermatlamatkan Islam, kenapa Pas bersekongkol dengan pihak yang tidak berjuang untuk Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Salam dari lebah,
Sudah baca keratan akhbar diatas (copy and paste), Sebagai seorang Islam, secara peribadi saya terpanggil untuk menjawab persoalan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Afandi Yusoff, yang meminta agar Pakatan Rakyat bersatu dibawah satu bendera dan menuntut agar PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan bagi Pakatan Rakyat. Buat pengetahuan saudara Mohd Afandi Yusoff lontaran persoalan yang dituju keatas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya menenjukan kejahilan dan kecetekan pemikiran diri Mohd Afandi sendiri. Kenapa saya berkata sedemikian kerana telah berapa kali Dato Nik Abdul Aziz menyatakan sekiranya UMNO hendak menjadikan Islam sebagai Way Of Life, PAS akan membubarkan partinya. Persoalannya "berani kah UMNO!" menerima Islam sebagai dasar perjuangan dan pemerintahan. Tepuk dada tanya IMAN. Ini dari satu sudut dan dari sudut yang lain Allah telah menurunkan kalamnya dalam surah Al-Kafirun dengan jelas telah menerangkan bahawa orang kafir sama sekali tidak akan sembah apa yang orang islam sembah dan kita juga begitu, jadi apa yang kita hendakan mereka menuruti agama kita, sewajibnya saudara-saudara dalam UMNO lah yang sama-sama memikul tanggungjawab untuk mendaulatkan Islam dibumi 1 Malaysia ini, tetapi ini tidak UMNO lah punca segala salah faham orang kafir tentang Islam. Pemimpin UMNO (Melayu islam) bergelumang dengan Rasuah, pencabulan, mungkir janji dan banyak lagi kebobrokan UMNO yang semua orang tahu, itu dari sudut pemerintahan dan dari sudut aqidah UMNO juga lah yang banyak menghalalkan apa yang Islam haramkan, contohnya penghormatan keatas Tugu Negara, melanggar fatwa, judi, hiburan melampau, dan banyak lagi.
Saya berharap saudara cerminlah diri dan apa yang saudara perjuangkan supaya kelak tidak dikata orang "kokoknya cemerlang tapi sayang bontotnya najis yang bergelumang" Jangan hanya untuk mendapat political mailage, saudara sanggup untuk menujukan kejahilan dan kecetekan fikiran saudara. Kembalilah kita semua kepada Al'Quran dan As'sunah.
Allah jua yang lebih mengetahui.
Lebah.

Wednesday, September 2, 2009

Salam perjuangan untuk semua,
Kali ini lebah hendak menulis diatas pandangan peribadi lebah sendiri berkaitan dengan isu Islam semasa. Kebelakangan ini lebah melihat Islam banyak bertahan dari menyerang, dari isu Micheal Jackson, dari sudut hiburan yang baru dikebumikan (meniggal dah lama) hinggalah isu politik dalam negara 1 Malaysia kini. Kita tidak perlu melihat kuman diseberang laut, lihat sahaja gajah yang terhidang didepan mata dahulu. Maksud lebah peristiwa terkini yang berlaku terhadap isu Kartika (isu arak). Saya amat menghormati pendirian Kartika yang minta untuk dihukum dengan kadar segera dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah syariah tetapi yang peliknya ramai yang kononnya hendak membela dengan melontarkan simpati yang tidak kena pada tempatnya, dan lebih malang lagi apabila pendapat yang menyimpang jauh dari tuntutan Islam itu sendiri. Contoh, kata Perdana Menteri yang kita hormati, Najib Tun Razak yang meminta agar Kartika tidak dihukum tetapi ditarbiah agar berubah, sebenarnya sebelum Kartika melakukan kesalahnya itu, diri kartika perlu ditarbiah bukan selepas ia melakukan kesalahan tersebut. Inilah masalah yang timbul bila kita ambil Islam separuh-separuh. Bila Datuk Dr Hassan Ali bangkit menyuarakan pandangan dari sudut yang paling ringan (pada pandangan lebah) Datuk Dr Hassan Ali ditolak kesudut yang paling kecil, tetapi apabila pertembungan antara yang hak dengan yang batil, yang hak tidak akan dapat diempangi oleh si batil tadi. Cuma masa sahaja yang akan menentukan, lambat atau cepat lebah pasti dan pasti kebenaran akan tertegak. Ini memang hukum alam kalau boleh lebah umpamakan yang hak atau kebenaran itu ibarat air yang mengalir, manakan boleh menahan air dari terus mengalir dan mengalir, yang menahan itu tadi pasti akan musnah dan masa juga yang akan menentukan kemusnahannya.
Contoh kedua pula bermula dengan ayat ini........ "Saya tidak pernah menulis sebarang artikel untuk menghina keluarga diraja, Melayu atau Islam di sepanjang hayat saya. Ada usaha hendak menfitnah Pemuda DAP dan saya dengan sebaran penipuan bahawa kami ini anti-Islam dan anti-keluarga diraja".......... ayat yang saya "copy and paste" dari Malaysiakini, benarkah DAP hina Islam tulisan Lee Ban Chen, Aug 17,09, 2:18pm..................Sebenarnya manusia Lee BC ini tidak faham apa itu Islam dan pada benak Lee BC ini dia berangapan Islam itu sama dengan agama yang dianutinya. Itu sebab dia rasa apa yang dikatakan itu benar mengikut hujah akal yang sempit lagi jahil. Sewajibnya manusia Lee BC ini kene kena faham bahawa Islam itu sebagai "Way Of Life" Setiap orang Islam itu wajib mengamalkan Islam itu darilah mula ia bangun tidur hinggalah ia hendak tidur malah tidur, makan, minum, berak dan sebagainya ada dalam Islam. Dengan itu sekiranya manusia Lee BC ini fikir Islam itu ikut cara yang dia fikirkan ternyatalah dia silap. Dan ternyata manusia Lee BC ini jenis manusia yang gopoh lagi jahil.
Allah jua yang lebih mengetahui
Lebah.

Tuesday, September 1, 2009

Assalamualaikum wbkt. Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal. Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya. Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah. Allahu 'alam

***Cerita yang lebah "copy and paste" tanpa edit bagi menjaga akhlak seorang yang bertanggungjawab untuk kerja "copy and paste" (semoga menjadi ibadah kepada yang punya cerita).

Salam dari lebah, lebah rasa terpanggil untuk kita sama-sama membacanya agar ada iktibar yang kita perolehi, Amin.
Sesungguhnya cerita diatas ada benarnya, walaupun ada hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi "Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW ada bersabda, bermaksud "Apabila Seorang Mati, Putuslah amalanya kecauli tiga perkara: 1- Sedekah jariah(yang berterusan) 2- Ilmu yang memberi faedah kepada orang lain selama mana ia diamalkan dan 3- Anak yang solih yang berdoa untuknya.
Sahih Muslim
Jadi cerita diatas tadi Lebah yakin yang mendoakan mereka-mereka itu terdiri dari anak-anak yang solih, lalu lebah bertanya kepada guru lebah apa maksud Anak Soleh itu. Guru lebah memberitahu anak yang soleh itu yang melakukan "AMAL MAKRUF dan NAHI MUNGKAR".
Allah jua yang maha mengetahui
Lebah.
RENUNGAN/PANDUAN KITA BERSAMA
Maksud Bacaan Di Dalam Solat
- Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
- Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
- Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
- Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
- Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
- Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
- Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
- Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
- Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
- Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Sejauh mana anda mengenali Rasulullah SAW? Dalam kitab Syamail Muhammad SAW menerangkan rupa paras dan susuk badan Rasulullah SAW mengikut hadis riwayat dari Tirmizi seperti berikut:
- Tingginya sederhana tetapi dengan orang yang tinggi Baginda lebih tinggi.
- Leher sederhana, tidak gemuk.
- Berbadan tegap.
- Paling kuat di zamannya. Baginda menang apabila beradu kekuatan dengan Ruqanah.
- Mudah bergerak.
- Pergerakan seimbang.
- Apabila berpaling, seluruh tubuh berpaling.
- Warna kulitnya berseri dan bercahaya.
- Bau badan dan peluh harum.
- Bila bersalam, bau harum kekal seharian.
- Dapat mengetahui jalan yang dilalui Baginda melalui bau harum itu.
- Rambutnya antara ikal dan lurus.
- Banyak akal dan kecerdikan.
- Muka bulat berseri seperti bulan purnama.
- Dahi luas.
- Matanya besar dan menarik.
- Mata hitamnya besar dan sangat hitam.
- Mata putihya kemerah-merahan.
- Dapat melihat di dalam gelap.
- Kening lebar.
- Buku mata tebal.
- Alis mata halus dan memanjang.
- Lidah petah berkata-kata.
- Bila bercakap maknanya tepat.
- Boleh bercakap dengan dialek kaum.
- Ayat mudah dan ringkas.
- Lafaz jelas.
- Ketawa dengan senyuman.
- Apabila ketawa wajah Baginda bercahaya seperti sinaran kilat memancar di dinding.
- Hidung mancung.
- Janggut lebat.
- Jambang hitam.Apabila bercakap cahaya keluar dari giginya.
- Dada bidang dan berbulu.
- Dada dan perut sama rata.
- Makan dan tidur sedikit.
- Tulang besar.
- Lengan dan hastanya panjang.
- Tapak tangan dan kakinya lebar.
- Jari panjang.
- Kuat rangsangan panca indera.
Lebah pernah menerima email tentang fizikal Nabi Muhammad SAW, tetapi naluri lebah menyatakan sesuatu, dan lebah tidak hidangkan ia untuk tatapan umum,khuatir menjadi fitnah. Tetapi yang ini lebah pamirkan dengan sekali baca sahaja, itu pun lebah "copy and paste" sahaja (semoga jadi ibadah kepada tuan punya "copy and paste") takut jadi fitnah keatas Rasullulah SAW.
Allah jua yang lebih mengetahui
Lebah.
10 Sebab Mengapa Anda Tidak Cemerlang1. Anda belum berbuat pada tahap optimum.2. Anda tidak fokus. Aktiviti anda merentasi pelbagai skop dan bidang tapi tidak ada satu pun yang cemerlang.3. Anda tak mahu minta bantuan orang lain. Anda terlalu malu untuk itu. Anda hanya bergantung kepada kudrat anda sendiri.4. Anda kalah dengan nafsu anda sendiri. Ingatlah bahwa nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan dan nilai negatif.5. Anda tidak mengilap bakat anda dalam berkomunikasi. Akibatnya anda lemah dalam berkomunikasi. Sedangkan dunia sekarang ialah dunia komunikasi.6. Anda tidak rajin bermonolog dengan minda anda sendiri. Anda tidak berusaha untuk bermuhasabah diri sebelum tidur malam.7. Anda terlalu merendah diri. Anda merasakan orang lain besar-besar dan kaya-kaya belaka. Anda sering merasakan diri anda "born loser" - dilahirkan untuk kalah.8. Anda kurang pergantungan dengan Allah SWT. Anda terlalu bergantung dengan usaha anda sendiri. Anda terlau bergantung kepada duit dalam poket anda.9. Anda tidak mengasak otak anda ke tahap optimum untuk menghasilkan idea dan strategi baru.10. Anda banyak rehat, bermalas-malas, merengankan fikiran dan tidur.
Salam perjuangan dari Lebah untuk semua,
Semalam kereta Lebah kena "kiss" dari belakang, bengang!!! memang rasa bengang!!! tapi nak buat macam mana takdir dari Allah untuk lebah, walaupun lebah cukup berhati-hati dalm pemanduan seharian lebah......
Okey, itu pasal lebah semalam tapi apa yang lebah nak cerita kat sini pasal DUN Siputeh yang tak jadi kosong tu. Lama lebah tunggu pengumuman dari berita semalam samada SPR bersetuju atau tidak untuk mengosongkan kerusi Dun tersebut, sebelum pengumuman dibuat, kuat naluri lebah mengatakan yang pengumuman akan memihak kepada Barisan Nasional, tapi jauh dalam lubuk hati lebah agar satu pilihan raya kecil dapat diadakan. Terutama kekosongan yang berlaku dalam DUN Barisan Nasional pula. Tapi seperti kata naluri lebah, memang benar "DUN Siputeh tidak akan kosong" dengan cara begini. Terutama setelah kekalahan demi kekalahan Barisan Nasional bermula dari PRU lalu. Adalah satu bencana besar ketika ini bagi Barisan Nasional sekiranya ada PRK. Kita semua sedia maklumkan. Sekarang ini sindrom untuk menolak Barisan Nasional sedang melanda Negara 1 Malaysia ini, atau ada sesiapa yang mampu untuk menyangkal hujah ini. Tetapi kalau kita lihat kerusi yang dikosongkan secara rela atau paksa adalah kerusi Pakatan Rakyat, dan Alhamdulilah kita masih mampu untuk mempertahankan DUN-DUN kita tetapi kita belum diuji untuk beradu digelanggang mereka, dan apabila kita dapat bertanding untuk menguji momentum kekuatan perjuangan kita digelanggang mereka barulah boleh kita menilai keampuhan senjata pilihanraya Pakatan Rakyat untuk dijadikan tauladan atau sempadan bagi menghadapi PRU ke13 nanti.
Sampai sini sahaja dahulu, kang salah tulis jadi tak baik pula al maklum lah bulan Ramadhan ini, puasa kena jaga sebaik yang mungkin untuk kita hadiahkan kepada "rabul'jalil". Sampai jumpa dilain tulisan.
Allah jua yang lebih mengetahui.
Lebah.