Sunday, August 30, 2009

Salam dari Lebah untuk semua,
Seperti biasa Lebah menerima Akhbar Harakah yang Lebah langgan dari pakcik Hussin yang dicampak dihadapan rumah Lebah (semoga Allah membalas kerjanya ini sebagai satu Ibadat-Amin). Kali ini banyak cerita lagi berita yang membuat Lebah rasa teruja untuk menatapnya lebih lama. Dari kolum yang aku wajib baca, Mauidzah tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan kolum Tafsiran Al-Quran tulisan Tok Guru Haji Abdul Hadi hinggalah ruangan iklan yang ada, tetapi kali ini aku lebih teruja dengan tajuk ini "Pekerja Industri Arak Perlu Diselamatkan" tulisan Adnan Ibrahim, sebenarnya "Semua Pekerja Industri Perlu Diselamatkan", kenapa Lebah berkata sedemikian? Kerana hampir kesemua warga industri Negara 1 Malaysia ini layak untuk dicampakkan keneraka Allah. Kenapa aku berkata demikian. Jawapannya satu, meniggalkan sembahyang waktu Jumaat yang difardukan keatas kami dan kami tidak diizinkan keluar untuk melaksanakannya kalau bolehpun terlalu banyak protokol yang terpaksa kami lalui, tetapi disini perlu Lebah tegaskan warga industri yang lelaki yang bekerja dalam "shif pattern memang terhalang. Lalu keluarlah pelbagai bida'ah, firman dan fatwa bagi menafikan kefarduan solat Jumaat ini. Sembahyang adalah Rukun Islam yang tidak ada nasfu-nasfi untuk tidak melaksanakannya. Siapa yang perlu bertindak untuk menyelesaikan kekusutan ini. Perundangan penjajah, Pak menteri yang sibok dengan memikirkan keuntungan dunia semata, Majlis Agama Islam yang sering didayuskan pemimpin, atau diri sendiri yang tepat dengan kalam Allah Aza'wajalah yang bermaksud "Peliharalah Diri Kamu Dan Ahli Keluarga Kamu Dari Api Neraka ..............". Hanya satu sahaja jawapannya Sistem Perundangan Ciptaan Manusia Hari Ini Perlu DiKaji Semula agar dihari 'sana' nanti kita semua boleh terselamat. Maka kerajaan hari ini perlu mengkaji semula sistem yang sedia ada atau kita semua Umat Islam wajib tukar kerajaan ada sedia.
Allah jua yang lebih mengetahui.
Lebah

Tuesday, August 25, 2009

Salam dari Lebah terutama kepada warga yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjana kemenangan di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Allah'huakbar, Allah'huakbar, Allah'huakbar.
Lebah memang biasa baca Utusan Malaysia dengan cara percuma dikedai pakcik jual roti canai di depan kilang tempat Lebah berkerja, kalau hendak Lebah ulas terlalu banyak untuk diulas tentang isi akhbar Utusan Malaysia tetapi kebelakangan ini, Lebah lihat Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya mula berbicara tentang hukum-hakam, cara sebutan dan tindakannya seakan-akan mereka mahukan Islam. Tetapi persoalannya kenapa baru kini, setelah kekalahan demi kekalahan Barisan Nasional ditangan Pakatan Rakyat bermula dari Pilihan Raya Umum ke12 yang lalu. Inilah masalah apabila kita mempolitikan agama dan bukan politik itu yang diagamakan. Maksud Lebah Mempolitikkan agama ialah bila kita berpolitik kita sangkut Agama diluar dan apabila kita perlu kita pakai-pakaian agama itu. Sewajibnya Agama itu kita guna pakai dan jangan ditinggalkan atau ditanggalkan. Kerana Agama itu "Adalah Cara Hidup". Segala tindak-tanduk kita perlu dalam batas-batas agama. Mengikut Al-Quran dan As-Sunah. Jadi sukalah Lebah ingatkan kepada semua hamba-hamba Allah yang berada didalam UMNO, kembalilah kepada Islam yang sebenar, kerana mulianya kita sebagai manusia hanya apabila kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Allah jua yang maha mengetahui.
Lebah.

Sunday, August 23, 2009

"Bala Selesema Babi"
Selesema Babi atau H1N1, Penyakit ini telah melanggar dunia aku rasa sudah hampir 5 bulan, tetapi vaksin yang benar-benar ampuh belum mampu mana-mana doktor atau pakar atau siapa jua yang terlibat menemukan ubat sebenarnya.
Kenapa ini berlaku. Disini aku meminjam kata-kata yang aku perolehi dari Dato Dr Haron Din Al-Hafiz yang digarap dari hadis Rasullulah SAW, Hadis dari riwayat Ibnu Majah dan Al- Bazzaz yang bermaksud "Sekiranya berlaku sesuatu perbuatan keji ( faahishah ) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu"
Aku sendiri tidak menafikan yang ada kemungkinan ada pihak tertentu yang merancang atau mencipta virus H1N1 ini, tetapi sebagai hamba Allah dan Orang Islam aku berpendirian tidak akan ada sesuatu yang mampu memberi MENAFAAT mahupun MUDARAT tanpa izin Allah ST.
Dengan erti kata lain sama-samalah kita menghisab diri kita, adakah selama ini kita menjadi Hamba Tuhan dalam erti kata sebenar atau...........
Allah jualah yang maha mengetahui.
Dalam pada PM kita sering melaungkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, malangnya kita terdengar beberapa orang rakyat Malaysia jatuh pengsan disebabkan menunggu untuk Pemereksaan Positif atau Negetif H1N1 terlalu lama dan pasarana tidak disediakan oleh pihak yang sepatutnya. Haruskah perkara ini berlaku sekiranya mereka yang bertanggungjawab kerjakan apa yang telah mereka katakan ( we work what we talk ). Kita amat berharap slogan PM tidak hanya dilihat sekadar slogan tanpa tindakan.

Friday, August 7, 2009

Aku, nak cerita dengan kau orang semua, cerita yang kalau kau orang sudi nak baca. Nama aku ,aku rasa cukup ler kalau kau orang kenali aku dengan nama Lebah sahaja sempena nama blogger aku. Lebah rasa terpanggil untuk sama-sama dalam saf perjuangan ini bukan nyer nak dapat populariti atau habuan dunia yang tak seberapa ini. Tetapi lebih kepada salah satu midium dan platform untuk aku sampaikan wadah perjuangan aku, kalau yang baik itu lebah rasa tak salahkan kalau kita terima, macam yang orang-orang tua kita selalu kata " Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan ". Betul kan!.